fbpx

Gempa bumi gegar Los Angeles

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gempa itu berlaku berhampiran Highland Park di kawasan Los Angeles County dan tidak jauh dari papan tanda terkenal Hollywood serta Balai Cerap Griffith. - Getty Images

WASHINGTON – Gempa bumi lemah bermagnitud 4.4 berlaku dekat  bandar raya Los Angeles, negeri California semalam, menggegarkan rumah-rumah dan mengejutkan penduduk sekitarnya, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC). 

Menurut Jabatan Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa itu berlaku pukul 12.20 pagi (waktu tempatan) berhampiran Highland Park di kawasan Los Angeles County dan tidak jauh dari papan tanda terkenal Hollywood serta Balai Cerap Griffith.

“Gegaran turut dirasai di bandar berdekatan, Pasadena dan Glendale sehingga ke kawasan pantai seperti Pantai Manhattan dan El Segundo.

“Bagaimanapun, tiada amaran tsunami dikeluarkan,” kata USGS. 

Pihak berkuasa di seluruh negeri sedang memantau kerosakan atau kecederaan, tetapi tiada satu pun dilaporkan setakat ini. 

Jabatan Bomba Los Angeles berkata, pihaknya mengerahkan anggota-anggota dari 106 balai bomba di Los Angeles untuk melakukan tinjauan lengkap di kawasan Greator Los Angeles untuk kerosakan struktur atau isu lain. 

Gempa bumi itu mula-mula dianggarkan bermagnitud 4.7, sebelum diturunkan kepada 4.4 magnitud oleh USGS.

Kawasan sama menyaksikan beberapa gempa bumi lemah dan sederhana pada skala 4 hingga 5 magnitud berlaku sejak beberapa minggu lalu termasuk di Grapevine dan Bakersfield, California,  minggu lepas. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN