fbpx

e-Code Ar-Rahnu perkasa pengurusan koperasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PESERTA bergambar pada pelancaran e-Code Ar-Rahnu dalam majlis penutup Program Seminar Perniagaan Ar-Rahnu di Hotel Tenera, Bangi.

PETALING JAYA – Institut Koperasi Malaysia (IKMa) melancarkan e-Code Ar-Rahnu bertujuan memperkasakan koperasi dalam pengurusan perniagaan secara dalam talian.

Program ini adalah sebahagian daripada inisiatif Program Memperkasakan Digitalisasi Koperasi (Code) yang dimulakan sejak 2020.

Pengerusi Lembaga Pengarah IKMa, Tuan Onn Abu Bakar berkata, usaha tersebut dalam sektor koperasi menerusi program berkenaan adalah penting untuk mempercepatkan digitalisasi dalam pengurusan Ar-Rahnu.

“Syabas kepada koperasi yang telah berjaya menjana pendapatan tambahan melalui produk hiliran Ar-Rahnu seperti perkhidmatan kedai emas, emas digital, simpanan emas, dan jual beli emas terpakai,” katanya.

Terdahulu, Tuan Onn turut menyempurnakan Pelancaran e-Code Ar-Rahnu dalam majlis penutup Program Seminar Perniagaan Ar-Rahnu di Hotel Tenera, Bangi.

Setakat ini, 40 koperasi menerima manfaat daripada program tersebut terdiri daripada empat bidang utama iaitu Code e-COMART (Sistem Point of Sales (POS) dan sokongan berkaitan) dan Code e-COOM (pengurusan keanggotaan secara bersepadu).

Selain itu, dua lagi bidang ialah Code e-COTOURISM (Sistem Pengurusan Aset dan platform tempahan homestay, chalet, dan bilik), dan Code e-CORAHNU (automasi perniagaan Ar-Rahnu dalam talian).

Sehingga 31 Disember 2023, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) mencatatkan sebanyak 389 premis Ar-Rahnu melibatkan 102 buah koperasi dan menyasarkan sebanyak 500 premis baharu bagi merancakkan perniagaan Ar-Rahnu.

Mengulas lanjut, Tuan Onn berkata, IKMa menyasarkan 150 koperasi yang akan dibimbing di bawah Program Bimbingan Koperasi Bersasar.

“Ia melibatkan Program Melonjakkan Pendapatan Koperasi (MiRiCLe), Program Membangunkan Keusahawanan Koperasi (COOPBizpreneur), Program Code serta Program Pemerkasaan Kewangan dan Akaun (FAST). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI