fbpx

Berita Zoo Johor buka 29 Ogos ini palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zoo Johor. - GAMBAR HIASAN

JOHOR BAHRU – Hantaran tular di media sosial bahawa Zoo Johor akan dibuka kepada umum pada 29 Ogos ini adalah tidak benar.

Penafian itu dimaklumkan menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman sosial Facebook Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor dan akaun officialzoojohor sebentar tadi.

Dalam kenyataan yang sama, Zoo Johor juga menafikan harga masuk yang dikenakan iaitu RM10 bagi dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak.

Jelasnya, semua perkara adalah diperingkat perbincangan oleh pihak Zoo dan Kerajaan Negeri Johor.

“Pihak Zoo Johor menjelaskan bahawa makluman harga tiket dan tarikh pembukaan yang disebarkan semalam oleh pemilik akaun Instagram bernama Norhafzanora dan diulang siar di akaun media sosial lain adalah tidak sahih.

“Kami memohon untuk mana-mana pihak tidak menyebarkan maklumat tidak sahih berkenaan. Segala pengumuman berkenaan harga tiket dan tarikh pembukaan akan diumumkan oleh kerajaan negeri,” katanya menerusi hantaran tersebut.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI