fbpx

Bekas petinju terkenal terlibat promosi judi online

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Thawon mengaku melakukan kegiatan tersebut. - KhaoSod

BANGKOK – Seorang bekas petinju terkenal di Thailand ditahan kerana mempromosikan laman web perjudian online, lapor laman berita Thaiger.

Biro Siasatan Pusat (CIB) menahan suspek yang hanya dikenali sebagai Thawon pada 8 Ogos lalu sebelum dia mengaku menerima bayaran sebanyak 2,500 baht (RM316) bagi setiap satu hantaran media sosial.

Ahli tinju dan pesohor media sosial popular itu didakwa atas pertuduhan mengumumkan, mengiklankan atau memujuk orang lain untuk terlibat dalam perjudian dalam talian tanpa kebenaran.

Pegawai CIB mendapati bahawa laman Facebook Thawon yang mempunyai lebih 330,000 pengikut, telah menyiarkan cerita yang memaparkan jadual perlawanan tinju bersama-sama dengan pautan ke laman web perjudian online.

Kegiatan itu dilihat sebagai mengajak orang ramai menyertai perjudian haram.

Siasatan awal juga mendedahkan bahawa Thawon ialah pemilik laman Facebook tersebut.

Pemilik laman web perjudian online mengupahnya untuk mengiklankan kegiatan tersebut pada hantaran Facebook dengan membayarnya 2,500 baht bagi setiap siaran.

“Saya ialah pemilik laman Facebook berkenaan, dan saya telah diupah oleh pemilik laman web perjudian online untuk menyiarkan iklan di halaman saya. Saya menerima 2,500 baht setiap hantaran,” kata Thawon dalam pengakuannya.

Susulan pengakuan tersebut, pegawai Bahagian Pencegah Jenayah Teknologi akan mengumpulkan bukti tambahan untuk mendakwa dan meneruskan tindakan undang-undang terhadap Thawon serta pemilik laman web perjudian online. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI