fbpx

Beasley ajak Asia bersatu ‘cuci’ UCI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BEASLEY (dua dari kiri) kecewa dengan keputusan pihak komisar sepanjang kempen Olimpik Paris kali ini. - MSN MALAYSIA

KETUA jurulatih berbasikal trek kebangsaan, John Beasley meluahkan kekecewaan atas apa yang menimpa dua anak buahnya, Datuk Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom pada Sukan Olimpik Paris 2024.

Beliau nyata berang dengan Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) atas keputusan tidak konsisten dilakukan juri dan komisar dalam beberapa perlumbaan melibatkan Azizulhasni dan Shah Firdaus pada temasbeasleyya sukan terbesar dunia itu.

Seperti sudah tidak percaya dengan kredibiliti UCI, Beasley menggesa Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) serta persatuan-persatuan berbasikal Asia lain supaya bersatu melakukan perubahan dalam badan induk sukan berbasikal dunia itu.

“Saya harap Malaysia tidak mengundi Presiden UCI (David Lappartient) ini lagi kerana beliau tidak mewakili sukan ini sebaiknya dan tidak mempedulikan anda sekiranya anda bukan warga Eropah.

“PKBM bersama Konfederasi Berbasikal Asia (ACC) memiliki kuasa dan angka untuk lakukan perubahan. Buatlah undian yang memberi keuntungan kepada sukan ini dan rantau Asia bagi menghalang seseorang menggunakan jawatan demi agenda masing-masing,” ujarnya.

Pada aksi final keirin lelaki kelmarin, Shah Firdaus disingkirkan ke kedudukan keenam meskipun menamatkan perlumbaan di tempat keempat selepas bangkit meneruskan saingan biarpun sudah terjauh.

Ia gara-gara dia didakwa menghimpit pelumba Jepun, Shinji Nakano sebelum tercetusnya kemalangan ketika Shah Firdaus berada dalam landasan terbaik untuk menamatkan perlumbaan di kedudukan pingat gangsa.

Perkara sama turut berlaku kepada Azizulhasni yang tersingkir seawal saringan pertama dalam acara keirin selepas penyertaannya dibatalkan kerana didakwa memintas pacer terlalu awal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI