fbpx

Apabila bintang terkenal dituduh palsukan kehamilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DEEPIKA PADUKONE

ENTAH di mana punca, aktres Deepika Padukone dituduh segelintir individu tidak hamil sebaliknya hanya mereka-reka berita palsu.

Dakwaan yang tersebar selepas empat bulan mengumumkan khabar gembira berbadan dua itu nyata tersebar disebabkan keadaan fizikalnya.

Seorang individu yang terserempak dengan isteri Ranveer Singh itu dalam sebuah acara mendakwa tubuh artis terbabit tidak memperlihatkan dirinya sedang mengandung.

Malah sebelum ini ramai tertanya-tanya keberadaan Deepika yang mengakui lebih selesa duduk di rumah berbanding keluar mahupun menghadiri sebarang majlis.

Selepas pengumuman kehamilannya dalam Instagram pada Februari lalu, bintang filem Bajiroa Mastani itu banyak berkongsi
aktiviti di rumah dalam laman sosial.

Suaminya pula enggan ambil peduli semua tuduhan dilemparkan netizen sebaliknya mahu memastikan kesihatan mental dan fizikal isterinya terjaga.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI