fbpx

Amirudin tidak nafi rombakan exco

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin ditemui pemberita selepas PTRS di Shah Alam, hari ini. -Foto oleh AFIQ RAZALI / KOSMO!

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari tidak menafikan dakwaan rombakan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) akan dilakukan nanti.

Beliau berkata, berita sedemikian juga perlu menjadi peringatan kepada kesemua pimpinan untuk bekerja dengan lebih baik untuk memastikan setiap yang dijanjikan itu dilaksanakan dan mencapai sasaran ditetapkan.

Bagaimanapun, Amirudin menegaskan setakat ini didapati kesemua anggota menunjukkan prestasi yang baik setakat ini, namun masih terdapat ruang untuk
dipertingkatkannya.

“Kalau tanya kemungkinan, ia tetap ada pada bila-bila masa ikut kesesuaian. Kadang-kadang disebabkan sakit, kematian dan faktor-faktor lain, saya tak kata tak boleh langsung.

“(Namun) bagi buat masa ini, saya mempunyai pasukan yang mantap di Selangor. Kami gembira bekerja bersama-sama dan diakui perlu ada peningkatan prestasi untuk kita memantapkan perkhidmatan selepas setahun (pentadbiran),” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) di sini, hari ini.

Terdahulu, tular dakwaan rombakan exco akan berlaku di negeri ini yang menyatakan dua exco daripada PKR dan DAP akan digantikan.

Amirudin turut menegaskan, beliau ada mengingatkan kesemua exco secara umum untuk mempertingkatkan prestasi di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) dan mengenalpasti pencapaian yang hendak ditonjolkan dalam mesyuarat MMKN minggu lalu.

Tambahnya, beliau akan mengadakan siri jelajah bersama barisan exco dan kesemua pegawainya, ahli-ahli majlis, semua ADUN dan ketua-ketua kampung dalam sesi berbeza.

Ketika menjawab mengenai dakwaan akan dimasukkan dalam kabinet, Amirudin menjelaskan keutamaannya ketika ini adalah kepada pentadbiran Selangor.

Ini termasuk dalam pelaksanaan Rancangan Selangor, Pembangunan Wilayah Sabak Bernam (SABDA), Pembangunan Pembangunan Bersepadu Wilayah Selatan Selangor (IDRISS) SABDA, IDRISS.

“Setakat ini tak ada apa-apa angin kepada telinga saya atau berita yang saya akan ditarik ke sana.

“Tetapi, untuk memastikan (secara peribadi), untuk kelangsungan perancangan yang kita buat, saya prefer untuk stay. Kalau tidak nanti penyesuaian berlaku, ia akan effect kepada performance state dan juga party at large,” ujarnya. -KOSMO!ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI