fbpx

Agrobank buka semula cawangan Spaoh di Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Ahmad Badli Shah (tiga dari kanan, depan) melawat Ladang Nanas TG Agro Fruit di Miri baru-baru ini.

PETALING JAYA – Agrobank bakal membuka semula cawangannya di Spaoh, Sarawak sebagai sebahagian daripada komitmen untuk meningkatkan servis perbankan di kawasan luar bandar.

Penutupan cawangan di ­Spaoh sebelum ini tidak dapat dielakkan berikutan keperluan untuk pengubahsuaian pejabat daerah yang lama kepada Agensi Pembangunan Betong.

Agrobank telah mengenal pasti kawasan baharu yang sesuai dan sedang berusaha untuk membuka cawangan di kawasan tersebut.

Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, pihaknya percaya akses kepada servis perbankan memainkan peranan yang penting kepada pertumbuhan ekonomi dan keterangkuman kewangan di kawasan berkenaan.

“Pembukaan semula cawangan Spaoh membuktikan komitmen Agrobank untuk berbakti kepada komuniti luar bandar di Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada 6 Mei 2021, Agrobank menjadi salah satu bank yang menyediakan perkhidmatan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sembilan daerah di Sarawak iaitu Padawan, Bau, Lundu, Sematan, Lingga, Pantu, Tebedu, Asajay dan Sebuyau.

Ia merupakan sebahagian komitmen berterusan Agrobank untuk menyokong komuniti yang kurang mendapat perhatian selain untuk mencapai ke­terangkuman kewangan selaras dengan inisiatif Kerajaan Negeri Sarawak dan Bank Negara Malaysia. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI