fbpx

Velodrom Cheras kembali tular, ramai cadang buka semula kepada umum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan seorang lelaki berbasikal di Velodrom Cheras yang terbiar.

PETALING JAYA – Sukan basikal trek menjadi bualan orang ramai susulan aksi pelumba negara di Sukan Olimpik Paris 2024, baru-baru ini.

Terbaharu, tular di Facebook memaparkan seorang lelaki sedang berbasikal di Veledrom Cheras yang kelihatan terbiar dan bersemak-samun.

Bukan itu sahaja, litar tersebut juga kelihatan berlumut kerana tidak lagi diselenggara.

Tinjauan di ruang komen mendapati, orang ramai menggesa agar litar tersebut segera dibaik pulih dan dibuka kepada umum supaya dapat mengasah minat pelapis muda sukan berkenaan.

“Walaupun dah ada velodrom baru di Nilai, yang ini kalau dijaga boleh saja jadikan velodrom rakyat. Boleh cari pelapis pelumba negara, kalau dibiar begini memang jadi kondominium lima bintanglah nanti,” kata Hafizul.

“Bukalah untuk remaja-remaja yang minat, buat mini event tiap-tiap bulan, mesti dapat sambutan punya,” kata Mat Kurt.

“Katanya tanah di sini dah dijual, tapi sayang terbiar begini. Lebih baik pemilik cantikkan semula ada juga kegunaan,” kata Mail.

Terdahulu, pada tahun 2021 media melaporkan velodrom tersebut bakal dihidupkan semula susulan perbincangan awal antara pemilik tanah dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang sedang mendapatkan kata sepakat mengenai langkah yang perlu diambil untuk membuka semula venue berusia 34 tahun itu.

Kali terakhir Velodrom Cheras menganjurkan kejohanan ialah menerusi Kejuaraan Berbasikal Trek Remaja Kebangsaan pada Mac 2017. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI