fbpx

Tewaskan Sofyank, Chesayang_kitchen dinobat Content Creator of the Year TikTok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Pempengaruh dan pencipta kandungan masakan, chesayang_kitchen membuat kejutan apabila diumumkan sebagai pemenang kategori Creator Of The Year pada TikTok Awards Malaysia 2024 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, malam tadi.

Kemenangan tersebut sekali gus membawa pulang trofi dan hadiah telefon pintar selain menewaskan lima pencabar lain iaitu Sofyank, Sofea Shra, Ryan Bakery, Shi Qi serta Daddy Hood.

Menurut pemilik nama penuh Qayyum Halid itu, dia mengakui terkejut dengan kemenangan tersebut kerana mengalahkan beberapa pencipta kandungan popular lain.

“Terima kasih yang merealisasikan semua ini sebab mustahil nak capai. Semua ini hasil kerja keras dua kali ganda sehingga anugerah ini menjadi realiti.

“Terima kasih keluarga dan mereka yang undi hari-hari. Kalau anda mampu bermimpi, anda juga boleh bekerja keras untuk mencapainya,” katanya selepas diumumkan sebagai pemenang.

Sementara, bagi kategori istimewa Changemaker of the Year pula menjadi milik dua pencipta kandungan iaitu Uzair Emir pemilik akaun TikTok @LoKohoPunohgroup dan @Braderwheelchair.

Menurut @braderwheelchair atau Nur Izhar Idham, 38 , TikTok merupakan platform terbaik untuk memberi kesedaran dalam kalangan individu normal agar mempunyai empati terhadap kehidupan golongan Orang Kelainan Upaya (OKU).

“Saya nak beri kesedaran kepada orang ramai tentang keperluan terutama fasiliti yang diperlukan golongan OKU.

“Jadi, TikTok ini banyak membantu memberi pengetahuan tentang golongan seperti kami. Cabaran terbesar ialah kecaman ramai yang banyak meletakkan kesalahan terhadap golongan berkepentingan,” katanya.

Bagi kategori Celebrity of The Year yang merupakan hasil undian orang ramai pula diumumkan milik pelakon dan penyanyi, Bella Astillah.

Pengiktirafan tersebut bagi mengangkat individu yang berjaya memberikan impak besar dan melangkaui batasan positif melalui kandungan yang dicipta.

TikTok Awards Malaysia 2024 yang bertemakan ‘Realisasikan Impianmu’ menampilkan dua segmen utama iaitu Pilihan Juri (Judge’s Pick) dan Pilihan Popular (People’s Choice).

Bagi kategori Pilihan Juri, para calon dipilih berdasarkan kriteria khas dan dinilai oleh panel eksekutif yang terdiri daripada pempengaruh terkenal, Khairul Aming.

Sementara itu, bagi kategori pilihan popular iaitu TikTok Live Creator of the Year dimenangi oleh Acap S, Video Of The Year (Agy Official), TikTok Shop Creator of the Year (Pinn Yang).

Bagi kategori pilihan juri iaitu Entertainment Creator Of The Year pula dimenangi oleh Kanafly, Animation Creator Of The Year (Yimotapir), Gaming Creator Of The Year (Kingshahx), Sports Creator Of The Year (Amaranas), Food Creator Of The Year (Tang Guo Shop), Education Creator Of The Year (Aminxabid) dan Beauty and Fashion Of The Year (Aishah Rahim).

Barisan panel ini akan menilai setiap pencipta konten dalam kategori masing-masing seperti hiburan, animasi, permainan, makanan, pendidikan, sukan, kecantikan dan fesyen.

Malam kemuncak TikTok Awards Malaysia 2024 dihoskan Che Puan Sarimah Ibrahim dan Janna Nick. – KOSMO! ONLINE

Anugerah khas

Changemaker of the Year: @LoKohoPunohgroup dan @Braderwheelchair

Anugerah pilihan juri

Entertainment Creator of the Year: @kanafly
Animation Creator of the Year: @yimotapir
Gaming Creator of the Year: @kingshahx
Education Creator of the Year: @aminxabid
Food Creator of the Year: @Tang_guo12
Sports Creator of the Year: @amaranas
Beauty & Fashion Creator of the Year: @aishahrahim07

Anugerah pilihan orang ramai

Creator of the Year: @chesayang_kitchen
Celebrity of the Year: Bella Astillah
Video of the Year: @agyOfficial
TikTok LIVE Creator of the Year: Asraf Jaafar (@acaps19)
TikTok Shop Creator of the Year: Pinn Yang (@yang)

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI