fbpx

‘Terengganu bukan Manchester City’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAFAWI (kiri) berjaya meledak satu gol buat TFC menewaskan KL City pada aksi Liga Super kelmarin. - AMIR KHALID

PENGENDALI Terengganu, Tomislav Steinbruckner mahu peminat di negeri itu berpijak di bumi nyata kerana sedar bukan semua harapan mampu direalisasikan oleh anak-anak buahnya.

Bagaimanapun, Steinbruckner menganggap kemenangan sulung Liga Super di gelanggang lawan menewaskan Kuala Lumpur City FC (KL City) di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur kelmarin memberi bukti jelas pemain sentiasa ada keinginan menghadiahkan keputusan positif.

“Kami tewas di tempat lawan ketika menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor FC, selebihnya keputusan setakat ini agak bagus. Tetapi saya tahu orang kecewa sebab kita hampir ke final (Piala FA).

“Semua orang mahu lihat kami ke Bukit Jalil, ada juga yang mengharapkan kami seperti Manchester City tetapi (hakikatnya) tidak boleh,” katanya.

Dalam aksi di Cheras kelmarin, kedua-dua gol Terengganu dihasilkan oleh Manuel Ott dan bintang Harimau Malaya, Safawi Rasid.

Jurulatih dari Croatia itu bertegas anak buahnya berhak untuk mendapatkan tiga mata ke atas KL City dan segala perancangan diatur sudah membuahkan hasil.

“Saya gembira sebab memang perlawanan ini sukar terutamanya selepas kami kalah dalam aksi lepas. Kami juga tahu KL City adalah pasukan yang bagus kerana sebelum ini pun mereka pernah tewaskan Selangor.

“Kami lakukan persiapan dan memang kami berhak untuk dapatkan tiga mata. Tiada rungutan yang boleh diberikan atas kemenangan kami kali ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI