fbpx

Tauliah mengajar Ustaz Don ditarik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Surat edaran MAIS yang bertarikh 6 Ogos lalu kepada masjid dan surau daerah di Selangor.

SHAH ALAM – Selangor menarik balik tauliah mengajar yang diberikan kepada pendakwah selebriti Ustaz Don Daniyal Bon Bijayid bermula 24 Julai lalu.

Perkara tersebut disahkan Exco Agama Islam Selangor, Dr. Mohammad Fahmi Ngah selepas edaran surat Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tular di media sosial.

“Sahih,” katanya ringkas ketika dihubungi Kosmo! menerusi aplikasi WhatsApp, hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial berhubung surat edaran MAIS yang bertarikh 6 Ogos lalu kepada masjid dan surau daerah di Selangor.

Berdasarkan surat tersebut, Mesyuarat Khas Jawatankuasa Tauliah MAIS telah memutuskan untuk menarik balik tauliah mengajar terhadap lima orang pemegang tauliah MAIS.

Ini termasuk kepada Ustaz Don Daniyal,41, berkuat kuasa 24 Julai lalu. Mengikut surat edaran, tauliah mengajar bagi pendakwah selebriti tersebut adalah sepatutnya bagi tempoh 2 Julai 2020 hingga 30 Jun 2025.

Manakala empat individu lain yang turut menerima nasib sama ada Mohd. Shahabudin Md. Yatim, Mohd. Udzair Mohamad Zaid, Muhammad Hairullah Hassim dan Syed Mohd. Norhisyham Tuan Padang.

Sehubungan itu, kesemua masjid dan surau tidak benarkan mengundang kelima-lima mereka untuk mengajar.

Kosmo! pada 4 Ogos lalu melaporkan keputusan penelitian kenyataan bertulis pendakwah selebriti, Ustaz Don Daniyal Don Bijayid berhubung isu fakta kes ceramah agamanya akan diumumkan dalam tempoh terdekat.

Ustaz Don sebelum ini diberi tempoh selama 14 hari bagi memberi ­kenyataan bertulis susulan disiasat mengikut Seksyen 7 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 berkaitan doktrin palsu. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI