fbpx

Setiap minit di Parlimen untuk rakyat, bukan berpolitik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Johari (empat dari kiri) bersama Hamzah (tiga dari kiri) sewaktu lawatan kerja di Pejabat DUN Terengganu di Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul menasihatkan semua 222 wakil rakyat tidak menjadikan pembahasan di Parlimen sebagai pentas mempromosi diri sebaliknya memberi fokus terhadap isu-isu berkepentingan rakyat sahaja.

Menurut Johari, setiap minit pembahasan yang diberikan di Parlimen harus diperuntukkan sepenuhnya terhadap rakyat.

“Saya faham mereka semua (222 Ahli Parlimen) adalah orang politik namun apabila berbahas, jangan jadikan Parlimen sebagai platform politik.

“Setiap minit di dalam dewan (Parlimen) adalah untuk rakyat. Rakyat hendak dengar perkara (yang dibahaskan) untuk mereka, bukan untuk kita (ahli politik). Elakkan promosi diri kita tetapi bincanglah tentang hal rakyat yang banyak,” katanya di Wisma Darul Iman, di sini hari ini.

Terdahulu, beliau disambut Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Datuk Mohd. Nor Hamzah sewaktu melakukan lawatan kerja ke Pejabat DUN negeri.

Beliau mengulas rungutan segelintir Ahli Parlimen yang mendakwa masa diberi untuk perbahasan terlalu singkat.

Johari juga menegur segelintir Ahli Parlimen yang membazirkan masa permbahasan diberikan dengan menyuarakan isu berulang.

Jelas beliau, ia tidak sepatutnya berlaku kerana wakil rakyat luar negara mampu menyampaikan isu rakyat dengan jelas dalam tempoh tiga minit sahaja. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI