fbpx

Strivers’ Hub sedia platform sehenti untuk pertumbuhan PMKS wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Safdar Khan (tiga dari kiri) bersama Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri (empat dari kiri) pada majlis pelancaran Strivers' Hub di Kuala Lumpur hari ini.

PETALING JAYA- Mastercard centre for Inclusive Growth, dengan kerjasama The Asia Foundation serta sokongan daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia (KPWPM) melalui agensinya, Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) telah melancarkan Strivers’ Hub

Ia adalah sebuah platform digital untuk meluaskan pertumbuhan bagi Perusahaan Mikro, Kecil, dan Sederhana Malaysia (PMKS).

Portal sehenti ini menawarkan segala keperluan yang diperlukan oleh kumpulan usahawan tersebut untuk mengembangkan perniagaan mereka termasuk program peningkatan kemahiran digital, peluang bimbingan dan sumber penting untuk mengakses skim kredit dan kewangan.

Selain itu, Strivers’ Hub yang dibina atas inisiatif Mastercard Strive Malaysia itu  menyasarkan 100,000 PMKS yang dimiliki usahawan wanita menjelang tahun 2025.

Presiden Bahagian Asia Tenggara Mastercard, Safdar Khan berkata, memandangkan pelbagai cabaran unik yang dihadapi wanita tempatan dalam memulakan dan membina suatu perusahaan, maka pihaknya telah mengeluarkan idea yang menarik untuk membantu golongan tersebut untuk meningkatkan pertumbuhan dan membina ekonomi digital yang lebih inklusif.

“Mastercard komited secara global untuk membantu usahawan wanita untuk berjaya dan kerjasama yang dilakukan dengan The Asia Foundation adalah penting untuk mewujudkan ekosistem PMKS yang lebih mudah diakses, teguh dan dinamik di mana-mana sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan bersempena majlis pelancaran inisiatif tersebut hari ini.

Selain itu, Wakil Negara, The Asia Foundation, Dr. Robin Bush menerangkan, usahawan wanita adalah tulang belakang kepada sektor ekonomi, namun mereka sering menghadapi pelbagai cabaran dan halangan yang ketara. 

“Perniagaan kecil merangkumi lebih 97 peratus daripada kesemua perusahaan di Malaysia dan menyumbang hampir 40 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar . 

“Bagaimanapun, mereka secara tidak langsung terjejas oleh krisis global termasuk peningkatan inflasi, gangguan rantaian bekalan dan kekurangan buruh.

“Mereka juga menghadapi cabaran unik dalam sektor ini dan kurang diwakili dalam ekonomi digital Malaysia serta sering menghadapi kekangan seperti norma jantina dan tanggungjawab kekeluargaan,” jelasnya.

 Kajian Mastercard Centre for Inclusive Growth dan The Asia Foundation mendapati hanya 60 peratus wanita yang menjalankan perniagaan kecil menggunakan alat digital dalam operasi mereka, manakala 80 peratus kekurangan akses kepada modal yang diperlukan untuk pertumbuhan perniagaan.

“Pelancaran Strivers’ Hub menghimpunkan kekuatan berbeza rakan strategik yang terlibat dengan Mastercard menyumbang kepakarannya dalam penyelesaian digital dan ketersambungan dengan fintech serta rakan kongsi industri,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI