fbpx

Samseng jalan raya paksa lelaki melutut minta maaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG lelaki melutut meminta maaf kepada pemandu kereta. - Foto VnExpress

HANOI  – Seorang lelaki terpaksa berlutut dan meminta maaf di wilayah Binh Duong, selatan Vietnam  dalam satu perbalahan tentang lalu lintas, lapor portal berita VnExpress semalam.

Ketika kejadian Phan Tuan Sang, 26, memandu bersama seorang penumpang  dewasa dan seorang kanak-kanak apabila keretanya hampir berlanggar dengan sebuah kenderaan yang membelok ke sebatang jalan raya. 

Sang meneruskan pemanduan selepas berkomunikasi dengan pemandu kereta tersebut.

Sejurus kemudian, kereta lelaki itu dikejar sebuah lagi kenderaan dan sebuah motosikal sejauh lebih 2 kilometer. 

Pemandu kereta terbabit, Tran Tan Phong, 46, mengejar dan memaksa Sang berhenti seterusnya  meminta dia  keluar daripada kenderaannya.

Apabila Sang enggan berbuat demikian, Phong memecahkan cermin depan kereta mangsa dan membuat ugutan.

Sebaik Sang keluar dari keretanya, dia diserang secara fizikal dan dimaki  oleh Phong dan penunggang motosikal tersebut. Mereka juga memaksanya berlutut serta meminta maaf sebelum membenarkannya pergi.  

Berikutan konfrontasi itu, Sang dan keluarganya menaiki teksi untuk pulang sebelum membuat laporan polis. 

Polis menyatakan, mereka  telah memanggil beberapa individu untuk disoal siasat berhubung kes tersebut. 

Polis kemudian menahan Phong atas dakwaan mengganggu ketenteraman awam, memusnahkan harta benda dan menghina orang lain. 

Namun, Phong berkata, dia percaya Sang cuba menghalangnya di jalan raya menyebabkan dia  mengejar Sang dan memaksanya berhenti. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI