fbpx

Ribut petir badai lima negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan lima buah negeri pada petang ini.

MetMalaysia dalam satu hantaran berkata, amaran tersebut dikeluarkan melibatkan beberapa daerah di negeri Perak, Kelantan, Pahang, Johor dan Sabah sehingga pukul 7 malam nanti.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Perak melibatkan daerah Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar.

“Selain itu, keadaan sama juga diramal berlaku di Jeli, Kelantan. Sementara itu ribut petir turut diramal berlaku di Tanah Tinggi Cameron dan Rompin, Pahang,” katanya di sini hari ini.

Tambah hantaran itu, hujan lebat berserta ribut petir juga dijangka berlaku di beberapa daerah di Johor iaitu di Segamat, Batu Pahat, Kluang dan Mersing.

“Di Sabah pula, amaran tersebut dikeluarkan bagi kawasan Pantai Barat (Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud),” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI