fbpx

Polis UK berkas 900 perusuh, hukuman berat menanti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis mengepung hotel di Rotherham yang menempatkan pencari suaka ketika perusuh menyerang kemudahan tersebut. - LNP

LONDON – Jumlah perusuh yang ditahan dalam protes kumpulan berhaluan kanan di seluruh Britain mencecah lebih 900 orang, lapor portal berita MailOnline semalam.

Jurucakap Majlis Ketua Polis Negara (NPCC) berkata, terdapat 927 tangkapan dan 466 pertuduhan telah dikemukakan  setakat ini.

Angka itu diumumkan ketika Pengarah Pendakwaan Awam memberi amaran kepada pesalah paling serius bahawa hukuman yang bakal menanti mereka adalah penjara sehingga 10 tahun.

Ketua Perkhidmatan Pendakwaan Diraja, Stephen Parkinson berkata, sebilangan pesalah yang dibawa ke mahkamah akan berdepan pertuduhan yang lebih serius dan hukuman lebih berat.

Mereka boleh didakwa di bawah Akta Ketenteraman Awam 1986 bagi menggantikan undang-undang biasa yang diguna pakai sebelum ini.

Sebahagian besar daripada mereka yang mengambil bahagian dalam rusuhan ganas di seluruh United Kingdom(UK) setakat ini telah dihadapkan ke mahkamah. Mereka didakwa dengan kesalahan lebih ringan iaitu ‘melakukan kekacauan’  yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun.

“Kami memberi amaran tentang akibatnya dan kami akan mengotakan apa yang kami katakan.

“Ini bukan soal membalas dendam, ini tentang melaksanakan keadilan,” kata Parkinson kepada akhbar Sunday Times.

Setakat ini, hukuman paling keras dijatuhkan kepada perusuh ialah penjara tiga tahun, manakala seorang remaja berusia 15 tahun pula menjadi kanak-kanak pertama yang disabitkan dengan kesalahan rusuhan di Sunderland. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI