fbpx

Perisai Komuniti ‘amaran’ pertama Man. City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CITY berada pada landasan tepat memulakan kempen musim baharu EPL dengan menjuarai Perisai Komuniti malam kelmarin. - AFP

LONDON – Kejayaan menjulang trofi Perisai Komuniti belum menghadirkan rasa tenang buat pengurus Manchester City, Pep Guardiola yang kini masih lagi bimbang dengan persembahan pasukannya.

Pada aksi di Stadium Wembley kelmarin, City menang 7-6 menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat 1-1 dengan Manchester United dalam tempoh 90 minit permainan sebenar malam kelmarin.

Ketika ini, Guardiola masih belum menemui jawapan tepat sama ada barisan pemainnya sudah bersedia memulakan saingan musim baharu Liga Perdana Inggeris (EPL) khususnya untuk menghadapi Chelsea dalam aksi pertama di Stamford Bridge pada 18 Ogos ini.

“Saya tidak boleh jawab persoalan adakah kami sudah pun bersedia? Kami boleh tewas pada perlawanan hari ini dan disebabkan itu kamu juga perlu menunggu sedikit masa lagi.

“Kami masih jauh daripada prestasi terbaik. Ia adalah perkara normal tetapi lebih penting untuk memulakan kempen dengan memenangi satu piala,” katanya.

Pada perlawanan kelmarin, Alejandro Garnacho terlebih dahulu meletakkan United di depan sebelum pemain gantian, Bernardo Silva menyelamatkan The Citizens apabila meledak gol penyamaan ketika aksi berbaki beberapa detik sahaja lagi untuk tamat.

Dalam masa sama, Guardiola turut menjelaskan beliau mahukan sesuatu yang lebih baik daripada para pemain terutamanya dari aspek penyudah akhir.

“Kami mahu lebih lagi dan dia (Oscar Bobb) perlu lakukan banyak kerja dalam aspek penyudah. Dia masih muda dan memiliki kemampuan untuk buat lebih baik,” kata Guardiola merujuk kepada situasi Bobb yang menjadi pencetus kepada jaringan penyamaan Silva. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI