fbpx

Wanita curi baju Ducati RM198 dipenjara seminggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aimi Shairah (tengah) dihadapkan atas pertuduhan mencuri dua helai baju T jenama Ducati di sebuah pusat membeli-belah di Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Gara-gara mencuri dua helai baju jenama Ducati di sebuah pusat beli-belah Khamis lalu, seorang penunggang p-hailing dipenjara tujuh hari oleh Mahkamah Majistret, di sini hari ini.

Majistret Noor Mazrinie Mahmood menjatuhkan hukuman selepas tertuduh, Aimi Shairah Ismail, 37, membuat pengakuan bersalah atas pertuduhan yang disabitkan terhadapnya.

Berdasarkan pertuduhan, wanita itu didakwa mencuri pakaian bernilai RM198 milik sebuah premis dalam pusat beli-belah tersebut pada pukul 12.30 tengah hari, 8 Ogos lalu.

Mengikut fakta kes, perbuatan itu disedari oleh pengawal keselamatan apabila Aimi Shairah masuk ke sebuah kedai lain dalam keadaan mencurigakan.

Tertuduh gagal menunjukkan resit pembelian bagi dua helai baju T jenama Ducati milik kedai pakaian tersebut sebagai bukti.

Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI