fbpx

Pemilikan rumah waris peneroka Kesedar, Felda diselesaikan segera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid semasa berucap pada Program Temu Mata Bersama Warga Peneroka Kesedar di Jeram Tekoh, Gua Musang hari ini. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN/ KOSMO!

GUA MUSANG – Kerajaan akan menyelesaikan segera isu melibatkan pemilikan rumah untuk generasi kedua dan ketiga peneroka yang merupakan peserta dalam Lembaga Kemajuan Wilayah di seluruh negara.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara tersebut sedang dalam perbincangan pihaknya malah ada yang sudah diselesaikan termasuk di kawasan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) dan Felda.

Menurutnya, Kanun Tanah Negara mencatatkan bahawa hanya sebuah rumah boleh dibina di atas satu lot tanah.

“Kebanyakan lot kediaman itu dimiliki oleh peserta dan peneroka. Jadi, kaedah tertentu perlu dilakukan (untuk selesaikan isu melibatkan pemilikan rumah).

“Kaedah yang boleh dilakukan termasuk memecahkan lot tanah itu bagi mendirikan rumah generasi kedua dan ketiga golongan terlibat. Proses tersebut ketika ini dalam proses rundingan,” katanya ketika ditemui pemberita pada Program Temu Mata Bersama Warga Peneroka Kesedar di Jeram Tekoh, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid memberitahu, kerajaan secara dasarnya mahu mengelakkan berlaku pertindihan lot yang sama di atas nama orang lain.

Katanya, perkara tersebut pernah berlaku sebelum ini dan kerajaan berharap ia dapat diselesaikan dengan baik.

Dalam perkembangan sama, Ahmad Zahid berkata, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah melalui Program Perumahan Rakyat Sejahtera mempunyai peruntukan membina rumah berhampiran kawasan peneroka dan peserta.

Katanya, Jemaah Menteri juga sudah memberi kelulusan untuk melaksanakan perkara tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI