fbpx

Pemilik bendera Malaysia boleh didenda, dijel kerana kibar di flat Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BENDERA Malaysia dikibarkan di sebuah blok kediaman HDB di Singapura. - Foto MSNews

SINGAPURA  – Penghuni blok kediaman milik Lembaga Pembangunan dan Perumahan (HDB) akan didenda sebanyak SG$500 (RM1,681) jika didapati menjadi pemilik bendera Malaysia yang digantung di bangunan flat berkenaan, lapor portal berita MSNews hari ini.  

Dalam tulisan di platform Reddit yang dimuat naik semalam, bendera Malaysia dilihat tergantung di luar unit HDB di tingkat bawah.

Disiarkan dengan kapsyen: “Raikan bersama?”, foto itu menunjukkan unit HDB yang kelihatan memaparkan bendera Singapura dan Malaysia.

Netizen meluahkan kebimbangan mereka terhadap insiden tersebut dan ada yang menjadikannya sebagai bahan gurauan.

Seperti yang berlaku, Hari Kebangsaan Malaysia jatuh pada 31 Ogos, kira-kira 3 minggu selepas Hari Kebangsaan Singapura iaitu pada 9 Ogos.

Menurut Akta Lambang Negara Asing 1949, mempamerkan lambang asing, termasuk bendera adalah dilarang sama sekali di Singapura.

Individu yang mempamerkan lambang asing boleh dikenakan denda sehingga SG$500, penjara sehingga 6 bulan, atau kedua-duanya sekali. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI