fbpx

Pemandu tergamam 4 harimau muncul depan kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kawanan harimau melintas di hadapan sebuah kereta. - Liputan6

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia menunjukkan seorang pemandu bertembung dengan kawanan harimau sedang melintas jalan di Pelalawan, wilayah Riau pada waktu malam, lapor program berita Liputan6.

Video itu dirakam seorang lelaki dari dalam keretanya, namun tidak dinyatakan tarikh kejadian tersebut.

“Banyak hari ini. Ada empat ekor, roger,” kata perakam itu menggunakan alat komunikasi walkie-talkie.

Dalam video itu, seekor harimau dewasa berjalan di hadapan dan disusuli dengan dua haiwan berukuran sederhana.

Seekor lagi harimau dilihat berhenti, seolah-olah menunggu harimau lain.

Susulan penyebaran video tersebut, Ketua Pusat Konservasi Sumber Asli Riau (BBKSDA), Genman Suhefti Hasibuan mengingatkan orang ramai agar berhati-hati jika melalui kawasan harimau melintas, terutamanya penunggang motosikal.

“Berdasarkan peta yang kami lihat, lokasi itu adalah sebahagian daripada kawasan habitat harimau Semenanjung Kampar. Jadi, ia berada dalam habitatnya,” kata Genman. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI