fbpx

Olimpik Paris: Dua ‘superman’ Portugal cipta sejarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEITAO (kanan) dan Oliveira (kiri) menghadiahkan pingat emas pertama Portugal dalam acara berbasikal di pentas Olimpik. - AFP

PARIS – Portugal mencipta sejarah apabila berjaya meraih pingat emas pertama mereka di pentas Sukan Olimpik dalam acara berbasikal trek selepas Iuri Leitao dan Rui Oliviera melakukan kejutan dengan memenangi perlumbaan madison lelaki awal pagi semalam.

Selepas 200 pusingan penuh mencabar termasuk insiden kemalangan yang berlaku pada final di Velodrome de Saint-Quentin-en-Yvelines, namun pasangan Portugal itu berjaya mengatasi situasi mendebarkan tersebut untuk berada di puncak carta dengan mengumpul 55 mata.

Gandingan emas itu berjaya meloloskan diri dengan melakukan pecutan terakhir sekali gus mengatasi pasangan Itali, Simone Consonni-Elia Viviani yang mengumpul 47 mata di tempat kedua.

Juara Olimpik Tokyo 2020 dari Denmark, Niklas Larsen-Michael Moerkoev terpaksa akur menamatkan perlumbaan di tempat ketiga dengan mengumpul 41 mata.

Leitao yang sebelum ini memenangi pingat perak Olimpik pertama buat Portugal dalam acara omnium pada Khamis lepas, berjaya mengekalkan aksi terbaik untuk menghadiahkan emas bersejarah buat negaranya.

“Kami berlatih keras untuk melakukan lima atau enam minit terakhir dengan maksimum dan saya simpan ‘peluru’ emas saya hingga akhir perlumbaan.

“Sebelum omnium, saya fikir pelumba-pelumba ini seperti Superman tetapi selepas itu saya tahu mereka boleh dikalahkan,” kata Leitao.

Oliveira yang tidak pernah memenangi perlumbaan tahap tinggi dalam kariernya, juga terkejut dengan kejayaan diraihnya bersama Leitao dan menganggapnya seperti mimpi menjadi kenyataan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI