fbpx

Masjid Tanah ‘tenggelam’, mangsa cecah 416 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBANYAK 23 lokasi di daerah Alor Gajah, Melaka, dilanda banjir kilat susulan hujan lebat berterusan melebihi tiga jam, pagi semalam.

ALOR GAJAH – Jumlah mangsa bencana banjir kilat di daerah ini terus meningkat kepada 416 orang yang telah dipindahkan ke tujuh pusat pemindahan sementara (PPS), sejak petang semalam.

Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Melaka, Lt Kol (PA) Kamarulsyah Muslim berkata, sebanyak 23 kawasan di daerah ini khsusnya di Masjid Tanah telah terjejas susulan cuaca hujan lebat berterusan lebih tiga jam, pagi semalam.

Katanya, antara kawasan terjejas adalah Kampung Paya Lebar, Kampung Ramuan China Besar, Kampung Bukit Apit, Kampung Ayer Limau, Kampung Sungai Jernih, Kampung Lekok, Paya Rumput, Kampung Lubok China, Taman Masjid Tanah Ria dan Taman Bandar Baru Masjid Tanah.

“Selain itu adalah Kampung Rantau Panjang, Kampung Brisu, Taman Awan Biru, Taman Seri Bayu 2 & 3, Taman Seri Aman, Kampung Belimbing Dalam, Kampung Solok Ayer Limau, Kampung Seri Jeram, Kampung Ladang, Kampung Keramat Lebai, Panchor, Kampung Lubok China dan Taman Rembia Jaya.

“Sehingga pukul 12.30 tengah hari tadi, seramai 416 mangsa daripada 123 buah keluarga telah dipindahkan ke PPS dan jumlah ini meningkat berbanding 109 buah keluarga pada pukul 9 pagi tadi,” katanya kepada pemberita hari ini.

Tambahnya, PPS yang dibuka adalah di Balairaya Paya Lebar, Perkim Masjid Tanah, Balairaya Kampung Ramuan China Besar, Balairaya Ayer Pa’abas, Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Jernih, Sekolah Rendah Agama JAIM Ar- Rasyidin, Japerun Kuala Linggi, Japerun Ayer Limau dan SK Jeram.

Tambahnya, semua agensi terlibat akan terus membuat pemantauan di kawasan banjir dan memastikan keadaan selamat sebelum membenarkan penduduk pulang ke kediaman masing-masing. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI