fbpx

Lebih 3,000 undang-undang lapuk bakal dinilai semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azalina

PUTRAJAYA – Kerajaan bersedia menilai semula lebih 3,000 undang-undang lapuk yang didapati sudah tidak lagi sesuai dengan keadaan semasa.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, beliau akan membawa perkara tersebut kepada Kabinet pada minggu depan.

“Saya belum lagi bentang dalam mesyuarat jemaah menteri, namun Insya-Allah dalam minggu depan perkara tersebut akan diketengahkan.

“Setelah dibentang kepada Kabinet dalam masa terdekat, saya akan mendapatkan pula keputusan sama ada perlu dibentuk jawatankuasa tertentu.

“Mungkin kita bakal ada (bentuk) jawatankuasa khas ataupun secara ad-hoc dan ini juga respons terhadap kenyataan Perdana Menteri mengenai kes tanah Semantan Estate,” katanya kepada pemberita di sini sebentar tadi.

Terdahulu, beliau menghadiri Perhimpunan Bulan Ogos 2024 dan meninjau Jualan Rahmah peringkat Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang di sini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI