fbpx

Lebih 200 etnik Rohingya maut serangan dron pemberontak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail sebuah kem pelarian Rohingya di Ukhia, Bangladesh. - Foto AFP

DHAKA  – Serangan dron yang membunuh lebih 200 etnik Rohingya berhampiran sempadan Bangladesh minggu lalu telah memaksa beratus-ratus penduduk berkenaan yang cuba melarikan diri ke negara jirannya, pulang ke kampung halaman masing-masing, lapor portal berita TRT semalam.

Ribuan penduduk lagi masih berteduh di kawasan sawah padi dan menunggu untuk menyeberang ke negara jiran Bangladesh, kata kumpulan hak asasi manusia.

Beberapa ratus lagi penduduk Rohingya telah berpindah ke kawasan dikuasai kumpulan pemberontak yang dituduh melakukan serangan dron maut itu berhampiran Sungai Naf.

Sungai itu merupakan sempadan semula jadi antara Bangladesh dan Myanmar.

“Rohingya di Maungdaw (bandar) masih cuba melarikan diri ke Bangladesh. 

“Ada yang melarikan diri ke kawasan yang dikawal oleh Tentera Arakan kerana mereka tidak nampak alternatif lain,” kata Pengasas Kumpulan Perikatan Pembebasan Rohingya, Nay San Lwin kepada agensi berita Anadolu.

Serangan maut itu berlaku di perbandaran Maungdaw, negeri Rakhine, Myanmar yang bersempadan dengan Bangladesh.

Satu rakaman video yang disiarkan di media sosial menunjukkan timbunan mayat di tanah berlumpur dengan bagasi mereka berselerakan di sekelilingnya.

Ia dianggap sebagai sebahagian daripada serangan berterusan kumpulan pemberontak ke atas Rohingya sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap peningkatan keganasan di negara berkenaan. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI