fbpx

Lapan mangsa terjejas banjir dipindahkan ke PPS di Labuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kampung Gersik, Kampung Buton dan Kampung Sungai Miri terjejas ekoran banjir kilat.

LABUAN – Seramai lapan mangsa membabitkan dua keluarga dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) ekoran banjir berpunca hujan lebat berterusan sejak malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Labuan menerusi kenyataan media hari ini memaklumkan antara Kampung yang terjejas banjir iaitu Kampung Gersik, Kampung Buton dan Kampung Sungai Miri.

“Susulan kejadian itu, PPS Dewan Balai Bomba Rancha-Rancha dibuka bagi penempatan mangsa banjir.

“Ketika ini, dua Keluarga Isi Rumah (KIR) membabitkan lapan mangsa di Kampung Gersik dipindahkan di PPS Rancha-Rancha,” katanya.

Menurutnya, terdapat juga kejadian tanah runtuh dan menimpa struktur rumah kediaman penduduk terbabit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI