fbpx

Pembunuhan kejam Cikgu Istiqomah: Kenalan belajar disambung reman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUSPEK ketika dibawa ke mahkamah untuk permohonan reman sebelum ini. disambung reman selama tujuh hari bagi.- Foto oleh MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI/ KOSMO!

ALOR GAJAH – Suspek lelaki yang disyaki terlibat dalam pembunuhan kejam seorang guru, Istiqomah Ahmad Rozi, 33, disambung reman selama tujuh hari bermula esok.

Perintah reman sehingga 19 Ogos itu dikeluarkan oleh Majistret Dr. Teoh Shu Yee terhadap suspek yang berusia 37 tahun bagi membolehkan siasatan diteruskan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, suspek yang memakai baju lokap bewarna jingga tiba di pekarangan mahkamah pada pukul 8.30 pagi dengan diiringi anggota polis.

Suspek sebelum ini telah ditahan reman bersama isterinya selama tujuh hari sejak 6 Ogos lalu bagi selepas disyaki terlibat dalam pembunuhan Istiqomah, yang merupakan guru Sekolah Kebangsaan Kota Masai, Johor.

Istiqomah dilaporkan hilang pada 27 Disember tahun lalu selepas keluar bekerja, namun keretanya ditemui di sekitar Lotus Kota Masai kira-kira pukul 2 petang hari sama.

Pada 31 Disember tahun lalu, mayat seorang wanita ditemui dibuang di dalam tong sampah dalam keadaan tanpa kepala dan tangan di Kampung Tanjung Rimau, Pulau Sebang, Melaka.

Hasil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dijalankan oleh Data Bank/DNA (D13) Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman ke atas ibu Istiqomah pada 2 Ogos baru-baru ini mendapati ia sepadan dengan mayat ditemui.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, suspek merupakan kenalan lelaki Istiqomah dan berkenalan ketika kedua-duanya masih menuntut di institusi pendidikan.

“Kita percaya suspek dan mangsa berhubung bagi membincangkan pelaburan forex.

“Kita telah mendapat perintah reman ke atas suspek lelaki bagi meneruskan siasatan, manakala isterinya dibebaskan dengan jaminan pihak polis,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI