fbpx

‘Keldai dadah’ ditahan bawa syabu, pil ekstasi RM2.6 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hussein pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang hari ini.

SEPANG – Seorang lelaki tempatan ditahan bersama 50 kilogram (kg) dadah jenis syabu dan pil ekstasi bernilai hampir RM2.6 juta dalam serbuan di Sabak Bernam pada 8 Ogos lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, tangkapan dan rampasan itu sekali gus menumpaskan sindiket pengedaran dadah di daerah Sabak Bernam.

Dalam serbuan pukul 4.30 pagi itu, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Sabak Bernam menemukan 50 bungkusan berwarna biru dan hijau berisi syabu dan ekstasi dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza.

“Ujian air kencing mendapati suspek yang berusia 40 tahun positif methamphetamine. Siasatan mendapati dadah tersebut dipercayai untuk edaran ke negara jiran.

“Suspek yang mempunyai enam rekod jenayah dan dadah direman selama enam hari untuk siasatan lanjut sehingga 13 Ogos ini,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Polis tidak menolak kemungkinan suspek adalah ‘transporter’ (keldai dadah) dan dibayar RM2,800 sebagai upah bagi setiap penghantaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI