fbpx

‘Jangan terperangkap dengan permainan attention seeker’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rahim malas melayan sebarang provokasi dicetuskan Shuib menerusi podcast kendaliannya.

PETALING JAYA – “Daripada join podcast baik aku join potluck.”

Demikian gurauan sinis pelawak dan penyampai radio, Rahim Mat Ali atau lebih dikenali sebagai Rahim yang seolah-olah membalas kenyataan rakannya, Shuib.

Biarpun tidak menyatakan nama mana-mana individu, Rahim yang pernah bersama Sepahtu dalam Maharaja Lawak Mega 2013 memohon orang ramai tidak terpedaya dengan permainan individu lapar perhatian.

“Jangan terperangkap dengan permainan ‘attention seeker’. Dengar cerita perempuan dalam video podcast itu dah ‘block’.

“Maknanya, dah tiga oranglah ya (disekat). Kalau betullah kiraan saya,” katanya dalam Instagram.

Luahan itu disuarakan selepas tular video pelawak Shuib bahawa dia tidak akan memanggil dua rakan seperjuangan termasuk Rahim sebagai tetamu undangan dalam Dol’s podcast atau program audio siar kelolaannya.

Dalam sesi live tersebut, Shuib bertanyakan kepada netizen mengenai cadangan nama-nama individu yang boleh dijadikan tetamu undangan dalam sesi akan datang.

Ramai memberi nama selebriti lain termasuk Ina Naim, Khir Rahman, Datuk Rosyam Noor dan Ernie Zakri, bahkan pelawak terbabit turut menjelaskan jasa Ernie kepadanya saat Siti Sarah Raisuddin masih hidup.

Bagaimanapun, situasi menjadi hangat apabila ada netizen memetik nama Rahim dan Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 40, serta merta memberikan respons.

“Tak, tak memang takkan panggil. Terus terang aku cakap. Ada dua nama ini memang aku takkan panggil. Insya-Allah,” ujarnya.

Tanpa diketahui punca sebenar, kenyataan tersebut mengundang reaksi netizen yang menganggap ahli perniagaan terbabit lupa diri sedangkan Rahim membantu semasa pengebumian Allahyarham Siti Sarah.

Malah Rahim juga antara sahabat yang sanggup mengenakan pakaian perlindungan diri (PPE) ketika menguruskan jenazah isteri Shuib itu di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak, tiga tahun lalu.

“Teringat masa isteri dia meninggal, Rahim yang teman sampai kubur,” tulis seorang pengikut akaun Instagram.

Sebelum itu, seorang lagi anggota asal Sepahtu iaitu Jep atau tampil bersuara dipercayai menjawab isu yang timbul dalam segmen podcast sama yang mengimbas kenangan lampau.

Enggan lagi namanya dipetik, Jep menegaskan apa yang diceritakan Shuib dan Mamat dalam podcast itu kebanyakannya adalah rekaan dan ditokok tambah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI