fbpx

Jangan jadikan badan kerajaan seperti swasta – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan badan-badan kerajaan supaya tidak melihat kepada kepentingan perniagaan dan ahli lembaga pengarahnya semata-mata.

Anwar berkata, badan-badan kerajaan yang diasaskan dengan dana awam termasuk badan kerajaan yang terlibat dalam aspek inovasi tidak boleh dijadikan seperti badan swasta.

“Dalam memastikan pelaksanaan program, kita nak pastikan jangan ada keterlanjuran dalam memberikan fokus dan jangan jadikan badan ini (umpama) badan swasta yang kadang-kadang melihat bukan sahaja daripada segi bisnes, tetapi kepentingan ahli lembaga dan pengurusan.

“Sebab itu Ketua Audit Negara baru-baru ini memberi gesaan supaya pemantauan itu lebih teliti dan cermat. Ini harus kita jadikan sebagai budaya baharu. Bagaimana boleh kita angkat martabat negara dan juga dalam isu inovasi kalau asas tatakelola tidak ditekankan,” katanya pada Sidang Kemuncak Tahun Pengkomersilan Malaysia 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Sementara itu, mengulas tentang inovasi, Anwar berkata, ia ibarat meneroka alam dan bidang tata disiplin serta penemuan baharu yang dalam istilah dunia am disebut sebagai menggapai di langit.

Beliau yang juga Menteri Kewangan menjelaskan, menggapai di langit bermaksud untuk menggapai apa yang belum tercapai dengan pemikiran penerokaan.

“Tetapi dalam usaha itu kita tidak harus terikat dengan prosedur dan kerangka tetap. Kita harus bersedia membuka lembaran menerjah ke alam.

“Kepakaran yang ada itu harus sentiasa menilai hebat kita bukan saja (berbanding) tahun lalu atau 10 tahun lalu, tapi apa yang dicapai negara-negara lain.

“Kalau kita asyik memperbaiki prestasi lalu yang kadang-kadang pada tahap sangat rendah, ia tidak akan capai apa-apa yang membanggakan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI