PUTRAJAYA – Para peminat sains astronomi tempatan berpeluang menyaksikan sendiri fenomena angkasa unik dikenali sebagai Hujan Meteor Perseid pada malam ini.
Menurut Agensi Angkasa Malaysia (Mysa), kejadian itu dijangka berterusan sehingga subuh 13 Ogos dengan purata 100 meteor per jam akan melintasi ruang langit Malaysia.
“Kenampakan hujan meteor ini akan berlaku di Malaysia malah ia diramalkan dalam keadaan baik kerana bulan akan terbenam tengah malam semasa waktu kemuncak fenomena ini berlaku,” katanya ketika dihubungi hari ini. – KOSMO! ONLINE