fbpx

Hilang kerana lari dari rumah, bukan disembunyikan hantu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Eny ditemui dalam keadaan murung dan tertekan di sebuah masjid. - Instagram/Polis Kudus

JAKARTA – Seorang wanita di Kudus, wilayah Jawa Tengah yang didakwa hilang kerana disembunyikan makhluk halus, ternyata melarikan diri selepas bertengkar dengan ibunya, lapor laman berita Detik.

Wanita bernama Eny Ernawati, 30, sebelum itu dilaporkan hilang pada Khamis lalu secara tiba-tiba.

Susulan kehilangannya, orang ramai cuba mencarinya, namun dia gagal ditemukan.

Bagaimanapun, wanita itu akhirnya ditemukan di sebuah masjid di Cikaran Desa Lau dalam keadaan murung.

“Mangsa ditemui oleh penduduk di masjid Cikaran Desa Lau yang terletak kira-kira 6 kilometer dari rumahnya dalam keadaan murung dan tertekan,” kata Ketua Bahagian Kecemasan, Agensi Pengurusan Bencana Kudus, Ahmad Munaji.

Tambah Ahmad Munaji, Eny lari dari rumah kerana berselisih faham dengan ibunya dalam keadaan dirinya yang sedang hamil.

“Dia sedang hamil, tambahan lagi suaminya bekerja di Jakarta,” jelasnya.

Sementara itu, Ahmad Munaji menafikan khabar angin yang mengatakan bahawa Eny disembunyikan makhluk halus.

“Ia tidak benar,” katanya sambil menambah, ibu Eny cuba mengejar wanita itu ketika dia melarikan diri dari rumah, namun gagal. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI