fbpx

Harga mahal Azizulhasni tutup Olimpik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZIZULHASNI (kiri) terpaksa membayar harga mahal dibatalkan penyertaan serta-merta pada pusingan pertama keirin awal pagi semalam. - MSN MALAYSIA

IMPIAN jaguh berbasikal trek berpengalaman negara, Datuk Azizulhasni Awang untuk menutup karier antarabangsanya di pentas tertinggi Sukan Olimpik dengan menaiki podium sebagai pemenang pingat emas berkecai disebabkan hanya satu kesilapan kecil.

Impaknya begitu dahsyat apabila penyertaannya pada edisi Paris 2024 dibatalkan serta-merta dalam acara keirin lelaki selepas dikesan melintasi pacer terlalu awal sewaktu saringan pertama di Velodrom Saint Quentin en Yvelines awal pagi semalam.

Ia sememangnya memberi tamparan besar bukan hanya kepada Azizulhasni tetapi buat rakyat Malaysia yang ingin melihat pelumba harapan negara berusia 36 tahun itu meraih kejayaan gemilang di pentas Olimpik terakhirnya selepas membuat lima penampilan sejak edisi 2008 di Beijing, China.

Biarpun pelumba dari Terengganu itu tampil menjelaskan situasi sebenar dengan mengatakan pacer tidak bergerak pada kelajuan sebenarnya selepas melepasi selekoh empat selain beliau turut dihimpit pelumba Perancis, Rayan Helal ketika itu tetapi ia sudah terlambat buat dirinya untuk sekali lagi membanggakan nama Malaysia di pentas dunia.

Ternyata, kesilapan strategi berkenaan meragut impian atlet yang terkenal dengan gelaran The Pocket Rocketman itu untuk melengkapkan koleksi warna pingatnya selepas pernah meraih perak sewaktu edisi Tokyo 2020 dan gangsa di Rio 2016. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI