fbpx

Guna khutbah Jumaat didik masyarakat soal pengurusan tanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saarani hadir pada program Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak Siri 6 Tahun 2024 di Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar hari ini. - FOTO/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/KOSMO!

KUALA KANGSAR – Khutbah Jumaat dicadangkan menjadi antara ruang yang boleh digunakan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang pengurusan tanah pusaka.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad melihat soal penerangan dan pendidikan mengenai tanah adalah kunci untuk menyelesaikan banyak perkara yang berbangkit.

Beliau menyatakan cadangan itu timbul berikutan isu membabitkan tanah adalah paling banyak dihadapi pihak kerajaan negeri yang menganjurkan Hari Bertemu Pelanggan (HBP) di setiap daerah di Perak.

“Kena didik. Ada cadangan supaya dalam Khutbah pun dimasukkan. Supaya siapa-siapa yang terlibat dengan kematian, dengan segera hendaklah menyelesaikan bicara kuasa,” katanya kepada pemberita selepas program HBP di sini hari ini.

Beliau berkata, masalah pewarisan tanah pusaka itu berlaku apabila sesuatu pemilikan tanah itu telah meliputi beberapa generasi dalam keluarga.

“Sebab itu sekarang ini kita syaratkan surau, masjid, dan tanah perkuburan hendaklah didaftarkan atas nama Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk).

“Kalau tidak, datuk atau moyang dia dulu lafaz wakafkan tanah untuk surau, sekolah agama rakyat dan masjid. Dia lafaz. Barangkali anak, cucu, cicit dia tak tahu,” katanya.

Saarani turut menitikberatkan pendidikan berkenaan tanah melibatkan perkara seperti pembayaran cukai serta proses pemilikan tanah. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI