fbpx

Generasi Z sudah bersedia untuk memiliki kediaman sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemilikan rumah adalah penting untuk golongan muda kerana ia adalah satu pelaburan yang lumayan untuk jangka panjang. – gambar hiasan

PETALING JAYA – Generasi Z di negara ini dilihat telah bersedia untuk beralih daripada sekadar menyewa kepada membeli kediaman mereka sendiri, menurut data yang dikeluarkan oleh firma hartanah, IQI hari ini.

Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Juwai IQI, Kashif Ansari berkata, memandangkan pemilikan rumah cenderung untuk menyumbang secara signifikan ke arah kekayaan,

Generasi Z yang lahir dari tahun 1995 hingga 2005 perlu memastikan masa depan kewangan mereka dengan menuruti generasi terdahulu ke arah pemilikan rumah.

Jelasnya, dalam tempoh hanya dua tahun, iaitu sejak suku tahun kedua 2022, pembelian kediaman oleh Generasi Z kini telah meningkat daripada 17 peratus daripada semua pembelian kepada 26 peratus.

“Pada 2019, apabila ahli tertua Generasi Z berumur 24 tahun, kohort itu menyumbang hanya tiga peratus daripada semua rumah yang dibeli.

“Untuk generasi ini mempu­nyai kadar pemilikan rumah yang sama seperti generasi sebelum­nya, bahagian pembelian mereka perlu meningkat kepada 60 peratus dalam tempoh beberapa tahun akan datang,” katanya dalam satu kenyataan.

Kashif menambah, berban­ding kumpulan lain, Generasi Z adalah yang paling berkemungkinan untuk menyewa rumah, sesuai dengan usia mereka.

Pada masa sama ujarnya, trend tersebut perlu mula berubah dalam beberapa tahun akan datang supaya kumpulan itu tidak ketinggalan dari segi kewangan.

“Peralihan daripada menyewa kepada pemilikan rumah penting kerana pemilikan hartanah telah menjadi satu pelaburan yang lumayan sejak sedekad lalu di Malaysia.

“Pemilik rumah secara median melihat nilai rumah mereka sebanyak meningkat sebanyak RM136,716 dalam tempoh 10 tahun hingga 2023.

“Dalam dekad yang sama, mereka yang membuat gadai janji untuk membeli rumah memperoleh pulangan median sebanyak 66 peratus ke atas pelaburan mereka,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI