fbpx

Gempa bumi sederhana di Utara Laut Maluku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gempa bumi sederhana berlaku pukul 7.36 malam tadi.

PETALING JAYA – Satu kejadian gempa bumi sederhana dilaporkan berlaku di Utara Laut Maluku pada 7.36 malam tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu hantaran berkata, gempa bumi tersebut berukuran 5.3 skala Richter.

“Pusat gempa bumi terletak 2.4 darjah Utara dan 126.7 darjah Timur dengan kedalaman 88 kilometer (km) 190km Barat Laut dari Ternate, Indonesia.

“Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI