fbpx

Bukan curi tapi selisih faham ketika tarik motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kejadian tersebut yang berlaku di Banting, Kuala Langat.

KUALA LANGAT – Tiada unsur cubaan curi motosikal sebaliknya hanya selisih faham ketika proses penarikan jentera tersebut di hadapan sebuah rumah sekitar Banting di sini, sehingga tular di media sosial baru-baru ini.

Insiden tersebut tular menerusi video berdurasi 16 saat dengan memaparkan pertengkaran antara penarik motosikal dan penduduk kampung.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @ Saleh berkata, semakan mendapati pihaknya menerima dua laporan polis dari seorang wanita warga tempatan berusia 35 tahun yang bekerja sebagai penarik motosikal pada Jumaat lalu.

Katanya, laporan turut diterima daripada seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang merupakan anak pemilik motosikal yang hendak ditarik wanita tersebut bersama rakan sekerjanya.

“Keterangan kedua-dua pihak telah diambil dan didapati berlaku salah faham antara mereka semasa proses penarikan motosikal tersebut.

“Selisih faham telah diselesaikan dan kedua-dua pihak telah berdamai dengan baik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut menegaskan tiada unsur jenayah cubaan curi motosikal dengan siasatan lanjut mendapati pemilik motosikal tidak membayar ansuran hampir setahun.

Justeru, Ahmad Ridhwan menasihati orang ramai supaya tidak menyebarkan berita palsu yang boleh mendatangkan ketakutan atau berdepan tindakan undang-undang. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI