fbpx

Berita baik menanti penjawat awam Jumaat ini – KSN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shamsul bercakap kepada pemberita selepas merakam waktu (clock-in) sebagai simbolik memulakan tugas secara rasmi di Bangunan Perdana Putra hari ini. Foto oleh FARIZ RUSADIO/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) Jumaat ini dilihat akan memberi khabar amat baik kepada lebih 1.6 juta penjawat awam di negara ini.

Memberi bayangan itu, Ketua Setiausaha Negara (KSN), Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, bagaimanapun, perkara itu tidak dapat dijelaskan secara lanjut, namun ada berita amat baik menanti.

“Tidak boleh bocor rahsia, Insya-Allah ada berita baik untuk penjawat awam,” katanya kepada pemberita selepas sesi ‘clock in’ di Bangunan Perdana Putra, di sini hari ini.

Terdahulu, Shamsul Azri mengimbas kad perakam waktu pada pukul 8.54 pagi sebagai simbolik ‘clock-in’ memulakan tugas sebagai KSN yang ke-16.

Pada Jun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan perincian kadar baharu kenaikan gaji bagi penjawat awam akan diumumkan sebelum pembentangan Belanjawan 2025 yang dijadual pada Oktober.
depan.

Pada 1 Mei lepas, beliau mengumumkan pelarasan gaji penjawat awam yang menyaksikan kenaikan melebihi 13 peratus dan merupakan yang tertinggi pernah dicatatkan dalam sejarah negara.

Minggu lalu, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, penjawat awam dalam kalangan kumpulan pelaksana dijangka menikmati kenaikan gaji melalui Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) sehingga 42.7 peratus.

Kali terakhir kadar baharu kenaikan gaji penjawat awam diumumkan adalah sekitar 13 peratus pada 2013. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI