KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta peminat sukan tanah air tidak mengeluh dengan pencapaian wakil negara dalam Olimpik Paris 2024.
Perdana Menteri berkata, atlet Malaysia sudah berusaha sebaik mungkin dalam kejohanan tersebut dan semua pihak perlu menerima keputusan dengan baik.
Sehubungan itu, Anwar turut mengucapkan tahniah kepada para wakil negara yang terlibat dalam Sukan Olimpik kali ini.
“Kita menerima baik keputusan. Berhubung harapan dan masa depan mereka, kita akan menyiapkan beberapa kerangka baharu untuk meningkatkan prestasi sukan.
“Kita harus tumpu ke depan. Sementara itu janganlah mengeluh kerana anak-anak olahragawan sudah berusaha sedaya upaya,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Sidang Kemuncak Tahun Pengkomersilan Malaysia 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE