fbpx

Api tinggi bangunan 7 tingkat merebak di Greece

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEBAKARAN hutan di Varnavas, utara Athens semalam. - Foto AFP

ATHENS – Beribu-ribu penduduk meninggalkan kediaman mereka ketika kebakaran hutan yang besar terus marak di utara Athens dengan api melonjak setinggi 25 meter, lapor Perbadanan Penyiaran British (BBC) semalam.

Tapak bersejarah Marathon adalah antara kawasan di mana penduduk dipindahkan ke lokasi lebih selamat oleh perkhidmatan kecemasan.

Menurut pasukan bomba, rumah dan hartanah di bandar berhampiran, Varnavas turut terbakar.

Anggota-anggota bomba juga memindahkan penduduk yang terperangkap dalam sebuah konvoi melibatkan antara 20 hingga 25 kenderaan yang cuba melarikan diri dari kawasan itu.

Sebanyak 40 kebakaran hutan berlaku di Greece sejak petang Sabtu lalu dengan anggota-anggota bomba masih berusaha untuk memadamkan api di tujuh lokasi kebakaran.

Pasukan bomba bekerja sepanjang malam tetapi walaupun mereka telah melakukan usaha luar biasa, api terus merebak dengan cepat, kata jurucakap bomba, Vassilis Vathrakogiannis.

Lebih 500 anggota bomba dan 150 kenderaan telah dikerah untuk membantu memadamkan siri kebakaran hutan itu.

Beliau berkata, kebakaran sedang merebak ke perkampungan Penteli, timur laut Athens dan sekurang-kurangnya pesakit di tiga buah hospital di sana telah dipindahkan.

Kebakaran hutan berkenaan telah membakar kawasan seluas 100 kilometer persegi.

Greece baru sahaja mengalami bulan Jun dan Julai yang paling panas dalam rekod. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI