SELEPAS seminggu mendapat rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital, anak pasangan pelakon Angelina Jolie dan Brad Pitt iaitu Pax Jolie-Pitt dibenarkan pulang ke rumah.
Pax dimasukkan ke hospital selepas mengalami kemalangan apabila basikal elektrik yang ditungganginya dirempuh dari arah belakang.
Menurut Pitt, 60, Pax perlu menjalani proses pemulihan yang panjang.
“Dia sudah dibenarkan keluar dari ICU dan mengalami trauma yang kompleks.
“Sekarang dia sedang menjalani proses pemulihan dan terapi fizikal yang panjang,” katanya.
Biarpun mengetahui tentang perkembangan kesihatan anaknya, namun menurut sumber, Pitt dikatakan tidak merancang untuk bertemu dengan Pax.
Difahamkan perkara itu kerana Pitt bimbang akan timbul masalah dengan Jolie memandangkan hubungan mereka tidak begitu baik.