fbpx

‘Alhamdulillah sihat’ – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar memuat naik gambar beliau bersama petugas kesihatan di laman Facebook hari ini

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan tahap kesihatan beliau berada dalam keadaan baik.

Anwar dalam satu hantaran di media sosial berkata, beliau mengucapkan terima kasih kepada pakar dan staf tiga hospital yang memeriksanya.

“Terima kasih kepada seluruh perawat, pakar dan staf perubatan Hospital Serdang, Putrajaya dan Hospital Kuala Lumpur (HKL). Alhamdulillah sihat,” katanya hari ini.

Anwar dilaporkan menjalani pemeriksaan kesihatan tahunan yang dikendalikan pasukan pakar perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang.

Terdahulu, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor menerusi satu kenyataan menberitahu, tahap kesihatan Perdana Menteri berada dalam keadaan baik dan optimum. – KOSMO!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI