fbpx

100 saintis sedia turun padang, tarik minat golongan muda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Seramai 100 saintis telah bersedia untuk turun padang bagi menarik minat golongan muda negara di kawasan desa dan pedalaman terhadap bidang inovasi dan pengkomersialan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, golongan muda negara di kawasan desa dan pedalaman perlu diberi galakan untuk tertarik dengan penemuan-penemuan baharu yang menakjubkan dan memanfaatkan.

“Pengurus yang mahir, saintis dan kalangan yang berjaya dalam inovasi perlu turun ke bawah sampaikan pandangan dan beri galakan kepada anak muda supaya lebih tertarik dengan apa yang disebut penemuan baharu, sains, teknologi, digital dan kecerdasan buatan (AI). Ini kita sebutkan tentang daya cipta Madani.

“Saya diberitahu memang sudah disediakan kerangka ini dan sudah diperoleh senarai 100 saintis kita yang sedia sebulan sekali atau dua bulan sekali turun ke bawah supaya mereka juga jadi sebahagian daripada usaha kita.

“Saya agak keras dalam pandangan dalam usaha inovasi atau pengkomersialan, dalam soal mengangkat martabat negara daripada segi digital atau AI, jangan kita izinkan berlaku kesenjangan (jurang antara bandar dan desa) yang lebih melebar,” katanya pada Sidang Kemuncak Tahun Pengkomersilan Malaysia 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI