fbpx

10 minit yang cukup bermakna – Faisal Halim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FAISAL (kanan) dimasukkan pada baki 10 minit terakhir aksi Liga Super menentang KDN FC kelmarin. - SHIDDIEQIIN ZON

“DOAKAN saya!” Itu ungkapan yang terbit dari mulut bintang Selangor FC, Faisal Halim sejurus melakukan penampilan pertama selepas pulih daripada kecederaan lecur akibat disimbah asid.

Walaupun hanya masuk di hujung permainan dengan tempoh 10 minit terakhir untuk bermain, Faisal mengakui perasaannya agak bercampur baur.

“Perasaan saya ada suka, ada sedih tetapi ini saat yang saya tunggu. Ini janji saya buat pasukan untuk kembali beraksi dan saya nak lebih lagi.

“Insya-Allah, doakan saya,” katanya ketika ditanya tentang kemahuannya untuk tampil lebih baik pada masa akan datang.

Pada aksi Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya kelmarin, Selangor meraih kemenangan 2-0 ke atas Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) menyaksikan Ronnie Fernandez menghasilkan kedua-dua gol perlawanan.

Dalam masa sama, Faisal atau lebih dikenali sebagai Mickey mengakui agak terhutang budi dengan sokongan yang diberikan oleh semua pihak.

“Alhamdulillah walaupun 10 minit tetapi ia bermakna untuk saya dan pasukan. Terima kasih kepada pihak pengurusan, rakyat Selangor dan semua rakan. Tanpa anda mungkin saya tidak bersemangat seperti ini.

“Saya kena dapatkan kecergasan tetapi data ujian yang saya lalui sebelum ini sudah buktikan saya bersedia,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI