fbpx

Trafik sesak, air naik di Lebuh Raya KL-Seremban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan di Lebuh Raya KL-Seremban yang dinaiki air ekoran hujan lebat.

PETALING JAYA – Aliran trafik di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Seremban dilaporkan sesak berikutan takungan air di sepanjang jalan akibat hujan lebat sejak pagi tadi.

Menurut Pusat Info Trafik dan Kawalan Lampu Isyarat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), beberapa petugas telah diarahkan untuk memantau keadaan di lokasi berkenaan.

“Aliran trafik sesak dari Plaza Tol Sungai Besi sehingga susur Bukit Jalil. Skuad Penyelamat DBKL (sudah ditempatkan) di lokasi,” katanya menerusi Facebook, sebentar tadi.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan dua sungai masing-masing di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor dilaporkan melepasi paras amaran.

Ia melibatkan Sungai Midah di Stesen Lebuh Raya Kuala Lumpur-Seremban yang merekodkan peningkatkan kepada 30.41 meter (m) berbanding paras normal iaitu 29 m.

Selain itu,m, Sungai Klang di Stesen Pekan Meru, Selangor mencatatkan 3.94 m berbanding 2.80 m melebihi paras amaran.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengemas kini amaran ribut petir dan hujan lebat melibatkan tujuh negeri sehingga pukul 4 petang ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI