fbpx

Tiada wang, tiada rawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH hospital enggan menerima pesakit yang tidak mempunyai wang di Indonesia. - Foto AFP

JAKARTA – Seorang kakitangan sebuah hospital di Manado, wilayah Sulawesi Utara tidak membenarkan seorang pesakit menerima rawatan kerana dia tidak mempunyai wang, lapor laman berita Banjarmasin Post semalam.

Menurut laporan, sebelum pesakit lelaki tersebut tidak dibenarkan menerima rawatan, dia ditanya oleh kakitangan hospital tentang sama ada dia mempunyai wang.

Rakaman video mengenainya menjadi tular di media sosial selepas dimuat naik oleh seorang pengguna platform X menggunakan akaun @bacottetangga semalam. 

Dalam video tersebut, pesakit itu mengadu kepada kakitangan berkenaan bahawa dia mengalami sakit di dada.

“Ada duit untuk buat bayaran?” tanya kakitangan tersebut.

Lelaki itu kemudian mengaku tidak mempunyai wang.

“Mahu membayar dengan daun ke?” kata kakitangan tersebut.

Keengganan untuk menerima pesakit tersebut menyebabkan ramai netizen bersimpati dengan kejadian itu.- AGENSI   

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI