fbpx

Terima kasih Shah Firdaus, teruskan berjuang – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar menitipkan penghargaan buat pelumba berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sarom.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menitipkan penghargaan buat pelumba berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sarom meskipun gagal membawa pulang pingat sempena Sukan Olimpik Paris 2024.

Dalam pada itu, Anwar turut memberikan kata semangat buat atlet negara berusia 28 tahun itu untuk meneruskan perjuangannya.

“Terima kasih Shah Firdaus. Teruskan berjuang. Moga melakar kejayaan satu hari nanti!” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan misi Muhammad Shah Firdaus untuk membawa pulang sekurang-kurangnya pingat gangsa di Sukan Olimpik Paris 2024 berkecai selepas dirempuh pelumba Jepun, Shinji Nakano pada aksi final sebentar tadi.

Muhammad Shah Firdaus bermula dengan baik ketika bersaing di Velodrom de Saint-Quentin-en-Yvelines selepas berada dalam kedudukan ketiga namun segalanya berubah apabila berlaku insiden pelanggaran.

Ketika itu, pelumba Great Britain, Jack Carlin terlebih dahulu terjauh sebelum Nakano dilihat hilang kawalan sebelum merempuh Shah Firdaus dari arah belakang sekali gus melenyapkan harapan pelumba negara itu untuk berada di pentas podium.

Pingat emas menjadi milik pelumba Belanda, Harrie Lavreysen  dan Matthew Richardson dari Australia membawa pulang pingat perak di Sukan Olimpik Paris. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI