fbpx

Saya minta maaf Malaysia – Shah Firdaus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar hantaran Muhammad Shah Firdaus di Instagram.

PETALING JAYA – Pelumba berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sarom memohon maaf kerana tidak dapat menghadiahkan pingat buat Malaysia.

Perkara itu dimaklumkan Muhammad Shah Firdaus menerusi hantaran di Insta Story miliknya, hari ini.

“I’m sorry Malaysia (saya minta maaf Malaysia),” katanya ringkas sebentar tadi.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan misi pelumba berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus untuk membawa pulang sekurang-kurangnya pingat gangsa di Sukan Olimpik Paris 2024 berkecai selepas dirempuh pelumba Jepun, Shinji Nakano pada aksi final sebentar tadi.

Pelumba berusia 28 tahun itu bermula dengan baik ketika bersaing di Velodrom de Saint-Quentin-en-Yvelines selepas berada dalam kedudukan ketiga namun segalanya berubah apabila berlaku insiden pelanggaran.

Ketika itu, pelumba Great Britain, Jack Carlin terlebih dahulu terjatuh sebelum Nakano dilihat hilang kawalan sebelum merempuh Shah Firdaus dari arah belakang sekali gus melenyapkan harapan pelumba negara itu untuk berada di pentas podium.

Pingat emas menjadi milik pelumba Belanda, Harrie Lavreysen  dan Matthew Richardson dari Australia membawa pulang pingat perak di Sukan Olimpik Paris. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI