fbpx

Ratu wall climbing Slovenia hampir patah jari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GARNBRET mempertahankan pingat emas acara combined dimenangi di Tokyo tiga tahun lalu pada edisi Paris kali ini. - AFP

PARIS – Ratu sukan panjat tembok (wall climbing) Slovenia, Janja Garnbret menepati ramalan apabila berada dalam kelas tersendiri untuk memenangi pingat emas Sukan Olimpik Paris 2024 dalam kategori combined.

Garnbret, 25, berjaya meraih 84.4 mata kategori bouldering dan 84.1 markah bagi disiplin lead untuk memungut keseluruhan 168.5 pada aksi final yang berlangsung di Le Bourget Sport Climbing, Paris awal pagi semalam.

Ia sekali gus menjadi pingat emas keduanya di pentas Olimpik selepas terdahulu turut menjuarai kategori sama sewaktu edisi Tokyo 2020 di Jepun tiga tahun lalu.

GARNBRET meraih pingat emas kategori combined pada Olimpik Paris kali ini. – AFP

“Saya tidak tahu untuk menggambarkan perasaan sekarang. Saya hilang kata-kata kerana saya terlalu gembira dan berbangga dengan diri sendiri atas pencapaian ini.

“Mungkin orang di luar sana mudah mengatakan ‘Janja akan menang’ tetapi sebenarnya tidak. Saya menghabiskan masa yang terlalu lama untuk memahirkan diri dalam acara ini.

“Sebenarnya jari saya hampir retak disebabkan kesilapan saya hari ini. Mujur ia cuma kecederaan kecil tetapi inilah antara cabaran perlu saya hadapi untuk meraih kejayaan ini,” kata Garnbret.

Pingat perak acara itu dimenangi Brooke Raboutou dari Amerika Syarikat, manakala atlet wall climbing Austria, Jessica Pilz membawa pulang gangsa. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI